"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Isnin, 8 Julai 2013

denai.

"Inilah denai terbaik!"

"Apa kau pernah lalu denai-denai lain?"

"Tidak."

"Bagaimana kau tahu ini yang terbaik?"

"Aku rasa."

"Aku tak pakai rasa, apatah rasa kau."

"Eh mahu ke mana?"

"Bikin denai sendiri. Mungkin jalan. Boleh jadi lebuh raya."

Jumaat, 28 Jun 2013

dari jendela inbox 3310


Entah apa sial dengan perangai dia sejak dua menjak nie. Kalau aku nie Captain America, dah lama aku sumbat mulut dia dengan shield besi tu. Dengan perbualan dua tiga menjak lepas, dia membalas SMS aku, " Hmmmmmm ".

      Bengang. Dengan perasaan nak bunuh orang, aku terus menghadap komputer riba aku. FIFA 13 menjadi pilihan. Dalam keadaan aku macam nie, pasukan Liverpool pun mampu tewaskan Real Madrid 6-0.

      Bosan menghadap Steven Gerrard, aku berhenti. Aku capai kembali 3310. Dengan sakit hati aku baca semula SMS tadi. Aku balas.

      " Apa kena dengan you nie ? Period ke apa nak buat perangai macam nie ? Kalau you ada problem kongsi la dengan I. Ini tidak. Buat I nie macam sampah. Bila you dah bosan baru you nak cari I. Ingat I nie apa ? Tunggul kayu takde perasaan. Enough said. I dah penat dah melayan kerenah you. We just stop here. So, don't bother me after this fucking shit ! Bye. "

      Aku bakar sebatang Marlboro Light. Aku baca balik semula apa aku taip tadi.

      Sedut hembus. Habis sebatang. Aku tekan butang padam. Aku taip semula, " Do you have some time for me tomorrow ? There are few things that we need to discuss. "

      Aku tekan butang send.




Rabu, 15 Mei 2013

bekas nasi goreng Amira


Begini kisahnya. Waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng la sebab itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu. Dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu. Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap.

Suatu hari anak saya bersuara kepada Amira. Mira, aku teringin nak makan nasi goreng ko. Ko asyik bawak roti jer. Apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak? Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.

Amira termenung. Nampak muka dia macam tak sedap. Alahh. Tak nak lah. Nasi goreng aku tak sedap lah. Ko mesti tak nak makan nanti. Alahhh. Ko bawak jer. Ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap. Ko bawak je lah, mesti sedap punya.

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita.

Khamis, 18 April 2013

hari celaka aku.


15 April 2013.

Entah apa salah aku hari nie. Celaka semua benda. Aku sendiri tak tahu.

Eh, masa aku menaip nie sudah 18 April.
Kira ini cerita 3 hari lepas. 

12 malam permulaan hari. Orang putih yang ajar. Ajaran Nabi masuknya hari baru selepas masuknya waktu Maghrib. Agungkan sangat ajaran barat. Sehingga lupa ajaran utusan Tuhan Yang Satu ini. Susah.

Dalam aku tarik asap Marlboro Light. Perlahan-lahan aku hembus. Puas. Masih ada baki 9 jam untuk aku siapkan kerja aku yang terbengkalai. Sial. Tak bersemangat langsung aku nak buat.

Aku pelajar senibina. Kerja yang aku buat, buat projek bangunan di suatu kawasan seluas 2 ekar. Ini menyesakkan aku. Bukan sikit punya kerja. Paling tidak perlukan seminggu nak siapkan semua ini. Tapi aku ada 9 jam. Celaka sungguh.

Entah apa ilmu aku pakai. Pukul 5 pagi semua kerja aku siap. Ala kadar punya kerja. Ahhh. Pergi mampos la. Siap tu dah kira bagus. Tapi kerja aku belum tamat kat sini. Kena cari kedai print pulak. Bangang. Mana ada kedai bukak pagi-pagi buta macam nie. 7 Eleven mana ada printer. Kondom ada la. Aku mengambil keputusan untuk tunggu sampai kedai printer bukak jam 7 pagi. Sementara tunggu, aku main FIFA 13. Jangan tanya kenapa aku main game nie. Aku tak ada jawapan untuk soalan itu.


Juara UCL. Juara EPL. Juara FA Cup. Power jugak aku main kali nie. Bermodalkan pasukan Liverpool kesayangan untuk bermain season. Aku menang 3 piala dalam masa 2 jam. Power. Ada jugak guna aku hidup untuk hari nie fikir aku.

Jahanam 42 ringgit malaysia aku print dekat kedai apek tua celah tangga fakulti aku. Bukan banyak sangat aku print. Cuma saiz kertas yang besar. Bukan A4 macam engkorang print report makmal. Saiz A0 untuk setiap plan. Mana tak jahanam duit makan seminggu aku. Kering poket aku minggu nie. Celaka.

Selesai. Masa aku untuk manjakan diri. Sial. Baru aku perasan hampir 24 jam badan aku tak kena air.

Pancuran air membasahkan tubuh kurus aku. Power betul rasanya. Nyaman. Bagi aku waktu paling selalu untuk aku mendapat ilham baru adalah ketika mandi. Idea-idea pelik lagi bangang pun aku selalu dapat dalam bilik mandi. Setengah jam jugak aku ambil masa untuk mandi. Entah. Aku kalau mandi memang lama. Terapi diri bagi aku.

Kemeja merah kotak-kotak bundle. Seluar jeans Romp bundle. Wallet. Kaca mata sebab aku rabun. Marlboro Light. Celaka tinggal sebatang. Kunci kereta. Ringkas aku bersiap pagi nie. 

Jam 9 pagi. Aku kena hantar kerja yang aku buat macam orang gila dari tengah malam semalam. Selesai. Nasib baik orang tua tu tak banyak masalah dengan kerja aku. Puas hati. Aku pun kira puasa hati. Cuma mata aku je belum puas untuk tidur.

Buat masa nie. Makan dengan tidur aku rasa aku perlukan tidur lebih dari makan. Perut dah menyanyi lagu Anuar Zain pun aku masih nak tidur. Pergi mampos sama yang lain. 

Pukul 4 awek aku kejut. Celaka. Pukul 4 aku ada kelas. Kelas nie jugak aku kena present tugasan kumpulan. Berat aku bangun dari tempat tidur. Masuk dalam jamban, Marlboro Light yang tinggal sebatang aku hisap. Cari ilham. Pundek. Langsung tak singgah ilham dalam kepala otak aku.

Masuk ke kelas. Aku lewat 23 minit. Buat muka bangang tanpa rasa bersalah. Terus present. Aku tekan slide powerpoint. Aku baca. Tekan lagi. Baca lagi. Salah baca fakta. Aku mengantuk. Lantaklah. Habis. Punya lecturer tu bising sebab aku membontotkan dia masa aku present. Nasib baik dia tak inzal tengok bontot aku. Peduli apa aku.


Balik dari kelas. Aku sambung tidur. Mati sementara.

Sedar jam pukul 9.47 malam. Pundek. Pukul 9 aku ada kelas. Celaka. Engkorang apa tahu aku ada kelas malam. Nasib baik lecturer tu sampai lambat. Kira aku masuk kelas lebih kurang dia la. Dalam kelas, mata aku jaga, otak aku tidur. Jangan tanya macam mana aku tidur macam tu. Aku sendiri tak tahu macam mana aku buat. 12.30 malam baru habis. 

Sial. Rokok aku dah habis. Harapan aku kepada kawan aku sorang nie. Aku harap dia belum tidur. Tingkat 5 bilik dia aku pergi. Nasib baik ada lif. Kalau tidak, 28 kali jugak aku fikir nak pergi bilik dia. Nasib aku baik. Dia baru bangun. Rokok Canyon aku rembat sekotak. Dua ringgit malaysia. Cukuplah untuk aku puaskan tekak sementara duit aku tumbuh balik semula. 

Celaka. Mana aku nak cari duit nie ?





Jumaat, 1 Mac 2013

pangkat.


pantas jari jemari aku menaip email untuk log in ke akaun facebook. penuh notification. ada 38. belek satu persatu. tak sampai 10 notification pun bagi aku penting. yang lain semua tekan butan like yang Mark Zuckerberg perkenalkan. dari ayat poyo status aku yang entah mana aku copypaste sampai la ke gambar cover untuk profile aku yang juga aku curi dekat dunia internet tanpa sempadan nie. dan salah satunya email yang kawan kelas aku forwardkan.
Dear students,
Our class is cancelled tomorrow because I'm attending a course at ****. Please inform your group members.
Thank you.
          tersenyum aku. ini sudah bagus. kelas english petang esok batal. bagi aku kelas pada waktu petang selepas waktu makan tengahari adalah satu perkara yang paling bangang. perut kau kenyang. masuk pulak bilik kuliah berhawa dingin. ditambah pula dengan pensyarah yang membosankan. bebel. bebel. bebel. memang sesuai untuk tidur la.



--------------------
          "Goalll !!!" jerit member aku. celaka. dah 2 goal dia belasah aku nie. main FIFA13 memang bukan kepakaran aku agaknya. walaupun aku gunakan pasukan kegemaran aku Manchester United yang power lagi hebat. aku masih kalah. member aku guna Juventus. celaka betul. aku tak puas hati. "Jom second round !" aku bakar member aku. walhal, aku yang kalah tadi.
" Guys ! Madam ***** panggil pergi kelas ! Cepat, dia tengah mengamuk tu ! " kabo Mel merangkap mama angkat kelas aku. kira macam P.A. la lebih kurang.
         celaka. apehal pulak tiba-tiba ada kelas pulak nie. semalam kabo batal. berat kaki menapak ke bilik kuliah. tak lupa novel Bayang tulisan Nami dipimpin masuk ke bilik kuliah. peneman dikala orang tua tu membebel kejap lagi. pujuk hati aku.
" You all nie semua tak reti bersyukur.... "
" Saya dah agak dah. Pelajar arkitek memang tak berdispilin... "
" Keluar masuk bla bla bla...... "
arghhh. celaka. semalam kau yang email cakap kelas batal. dah masuk kelas, nak salahkan aku pulak masuk lambat. tak pasal-pasal member aku baru masuk kena sound direct. dah budak tu dapat information kelas tak jadi batal lambat. kira untunglah dia ada semangat nak masuk ke kelas. Better late than never katanya. kalau aku memang aku sambung tidur balik la.

          apa dia ingat dia lecturer dia bagus ? duduk dekat depan. scroll slide. baca balik. kurang sikit aku nak hormat. cuma kau lahir awal sikit dari aku. kau dah jadi lecturer. itu je sebab dia kau berada di meja hadapan dan aku duduk di kerusi belakang. dengar kau membebel. bukan kau mengajar. sorry. sebab kau berpangkat aku kena hormat ? kalau macam tu, kenapa Najib Razak orang boleh troll setiap hari dekat facebook ? pemimpin no 1 di Malaysia.

           bagi aku senang. kau hormat aku. aku hormat kau. undang-undang manusia. just simple.

--------------------
          dan malam nie baru aku tau lecturer tu salah hantar email rupanya. dah tu pulak bukan nak comfirmkan balik. minta maaf pun tidak. marah ke aku dan budak kelas aku pulak. celaka. 
          


Jumaat, 22 Februari 2013

kalau lah


kalau lah.

     5 tahun tahun lepas. semasa Pilihan Raya ke-12 UMNO dan sekutunya tidak menang besar sambil berpoco-poco seperti biasa. pernah tak kau terfikir ? fikir mengenai apa yang terjadi sekarang tak akan terjadi.

tak akan ada BR1M.
tak akan ada BB1M.
tak akan ada BL1M.

tak akan ada Bantuan bla bla bla 1 Malaysia...

     lantak lah kalau kau mahu percaya atau tak nak apa yang aku nak katakan ini. aku dengan relax dan dengan cool bersetuju bahawa ini semua sumbangan PEMBANGKANG. sebab bukan aku nie pro pembakang. bukan sebab aku nie tukang jilat buntut Anwar Ibrahim. bukan sebab aku nie benci Big Mama. bukan. bukan. bukan.

     sebab apa boleh aku katakan pembangkang yang menyumbang segala idea mengenai Bantuan blablabla 1 Malaysia ini. cuba kau selami semula. sejak merdeka pada tahun 1957, kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaya ini tanpa saingan sengit. dan dengan slumber bangang je diorang memerintah. ikut kepala otak kepala lutut diorang je. hampir 50 tahun memerintah. sudah 13 kali nenek aku membuang undi. baru 2 kali kerajaan UMNO bagi bantuan. baru 2 kali. baru 2 kali woiii.

     sebab apa ? sebab baru 2 kali kerajaan UMNO goyang dalam Pilihan Raya. kalau tak goyang masakan daun berguguran bak kata arwah atuk aku dulu. sebab itu kerajaan UMNO datang dengan idea bangang Bantuan blablabla 1 Malaysia yang menambah hutang negara. cuba kau fikir balik.

tapi tak kisah la kau sokong kerajaan ke.
kau sokong pembangkang ke.
itu hak kau. ini negara demokrasi.

sebenarnya dua-dua bagi kebaikan. buruk tu diri diorang la. kakaka.

errmmm. 250 baucer buku nie aku nak melenjan beli apa nie ?


Rabu, 20 Februari 2013

seorang.


ketika aku.
saling berkasih sayang.
mencintai sesama.

hati aku luas.
luas seluas alam.
lebih luas dari lautan.

tapi.

ketika aku dan kau.
saling mencintai.

hati aku menyempit.
seakan-akan mengecil.
selebar urat nadi.

sebab.

hati aku hanya untuk kau.
kau seorang.


Isnin, 18 Februari 2013

semester baru.


     sakit pinggang aku menyedut semua habuk di ruang dalaman kereta kancil pemberian ayah aku. macam-macam khazanah. dari pasir pantai Port Dickson semasa aku bersuka ria bersama keluarga LEADS. sampai ke habuk rokok Marlboro. semua aku sedut menggunakan vacum cleaner uzur mak aku.

selesai. aku masukkan barang keperluan aku ke perut kancil. dan akhir sekali, kunci aku masukkan ke tempat menghidupkan nyawa kancil aku.
"taaak. taaak. tak."
"ahh sudah. tak boleh start pulak enjin kereta aku nie."ngomel hati kecil aku.

     sampai ke Skudai. semester baru. selepas 7 jam perjalanan dari Seremban ke Johor Bharu. jalan jammed punya pasal. cina nak beraya punya pasal. accident punya pasal. hujan Allah turunkan. aku yang jadi mangsa terperangkap dalam jammed. bernasib baik ayah bagi pinjam kereta hitam dia. bernasib baik juga kereta hitam tu auto-gear. bernasib baik lagi sekali mydear berada di sebelah menemani aku untuk perjalanan dekat tetapi panjang ini.
----------------------------

     interior bilik aku semester ni sama macam semester sebelum ni. entah. aku rasa susunan sebegini buat aku lebih selesa. sehingga aku boleh tidur 2 hari secara slumber bangang je. cuma aku tambah aroma bau-bauan untuk semester ni. untuk menenggelamkan bau asap Marlboro barangkali. bau buah epal hijau menjadi pilhan. supaya aku rasa lebih selesa. nyaman. 

semoga semester ini aku mampu untuk mengawal tekanan dan sentiasa relax dan cool.
----------------------------

    lecturer aku yang gila semester lepas pun aku tengok ada la berubah sikit. tapi aku rasa maybe untuk hari pertama. esok naik la sawan babi dia. aku rasa. yakin tu aku tak berapa nak sure sangat. tapi yang penting sekali aku tak jadi anak buah dia dalam studio. alhamdulillah. aku dapat lecturer part-time. full time dia aku tak tau la. yang penting dia ada title Ar. bila aku google nama dia untuk mendapat gambaran awal, semua list nama untuk triathlon dan marathon. gila.

jangan dia suruh aku berjogging keliling campus sebelum masuk studio dia sudah. parah.

----------------------------

   aroma ipoh white coffee dari mug yang aku beli di Jusco tempoh hari mengganggu aku untuk menaip. baru tersedar jam menganjak ke jam 4 pagi. dan jam 9 pagi nanti aku kena bentangkan pasal Green Building design dekat lecturer gila yang aku menyampah. 

aku hirup seteguk kopi putih. 

sambung scroll garis masa Twitter

hidupkan asap Marlboro.

Sabtu, 9 Februari 2013

cemburu.


aku suka wanita yang.
manja bila perlu.
tenang bila bila perlu.
dan tegas bila perlu.

kiranya pandai beremosi dengan situasi lah.

mungkin lah. aku kabo mungkin.
ada lelaki minat wanita yang 24 jam sehari.
7 hari seminggu.
bermanja. tapi aku. 
rimas.

ada pulak wanita. 
lagi depan kawan-kawan lelaki aku.
lagi dia tunjuk mengada-ngada.
bangang. 

baik aku hembus asap marlboro dari bawak kau sekali tadi.

bagi aku. kalau kau wanita.
keluar dengan aku. dan kawan-kawan lelaki aku.
be one of the boys.

bak kata lagu Fynn Jamal. 150 juta.
"aku punya manja kau saja boleh rasa...
... rahsia kita berdua"

sungguh. kau la calon bini aku.
dan. aku dan jumpa. maaf.


wakakakakakakakakakakakakakakakakakaka.



Khamis, 7 Februari 2013

kebaikan.


kebaikan.
tak semua orang mampu berbuat baik.

kau. aku.
mesti pernah membuat jahat.
walaupun hanya sekadar meludah ke dalam longkang.

kan ?

salah satu hadiah.
yang mampu kau berikan.
kepada semua orang.
tak kisah la sesiapa pun.
hatta mak cik cleaner tandas awam.
pinjamkan mereka tangan untuk membantu.

tetapi.

jangan kau tunggu ucapan terima kasih. 
kerana.

kebaikan yang benar terletak pada keikhlasan.
dalam memberi.
balasan tak payah kau tunggu.









Selasa, 5 Februari 2013

I Wish


I wish you were a book.
so I could 
flip through your pages.

and.
underline my favourite things about you.
fold your pages' corners.

and.
tell my friends about how wonderful you are.
I would save you
in a bookshelf next to my bed.
where I come to escape reality.

and.
dream of things that make me happy.
I would read you again and again.
as if you were the only book I have got.

and.
I would take you everywhere with me.
because you would make me happy.
with the way you choose your words.

and 
how sweetly you let them flow through paper.




Ahad, 3 Februari 2013

apam balik.



setiap hujung minggu mak aku biasanya akan menghabiskan masa dia dengan melawat anak-anak dia dekat asrama. tapi itu dulu la. 5 tahun yang lepas. masa adik-beradik aku ramai-ramai duduk asrama. sekarang tinggal adik perempuan bongsu aku tu je sorang yang tinggal dekat asrama. yang lain semua dah ke universiti.

aina. itulah sorang adik perempuan aku. kalau nak cakap dia punya manja memang sampai pagi esok tak habis aku nak cerita. tapi alhamdulillah. dia okay je duduk dekat asrama tu. tak menangis hentak-hentak meja nak balik. tak memekak dekat telinga bapak aku nak minta keluar asrama.

it's just okay. hahaha.

memandang matahari pagi kejap lagi akan menandakan Ahad akan datang. tadi adik aku call mak aku.

"mak, esok mak datang dekat aina bawak KFC tau."

"heh. banyak cantik muka tu. sedap-sedap je nak order KFC." balas mak.

"ala. boleh la mak. beli yang bucket tu tau. yang ayam banyak-banyak tu. nak bagi kawan-kawan aina sekali." pujuk aina.

dengan slumber dan muka yang tak bersalah. mak aku jawab.

"no KFC for tomorrow. nanti mak beli je apam balik kat tepi jalan tu. bagi kawan-kawan aina sekali." 


Sabtu, 2 Februari 2013

siapa ?



siapa ?
siapa kau sebenarnya ?

kau bukanlah sekadar yang mempunyai nama.

yang punyai berat. yang punyai tinggi.
ataupun yang mempunyai jantina.

kau bukan juga yang punyai umur.
dan kau bukan dari mana kau berasal.

kau adalah apa yang kau baca.
dan lagu yang selalu berputar di benak akal kau.

kau adalah apa yang kau fikirkan.
dan juga apa yang kau makan untuk sarapan
di pagi sabtu.

kau adalah kau.
tiada yang lain.
tetapi semua orang memilih untuk yang lain.
berjuta-juta perkara yang lain.

tapi. kau tidak.


kau bukan dari mana kau berasal.
tetapi.
kau adalah ke mana kau mahu pergi.

dan aku juga mahu ke sana.




Jumaat, 1 Februari 2013

interaksi.



interaksi.
aku cakap.
kau respon.

kau jawab.
aku sound.

hakikatnya.
aku tulis.
kemudian get on with my life.
bila lapang, aku datang semula.
tokok dan perbetul mana-mana.

kalian pun sama.
baca.
komen.
kemudian get back with your life juga.

kan?

- fynn jamal -






Isnin, 28 Januari 2013

sahabat.



dia tersenyum 
saat orang lain bermasam muka.
dia mendengar 
bila orang lain tidak mengambil peduli.
dia memberi 
tatkala orang lain menolak.
dia berjalan. 
berlari. 
mendapatkanmu waktu orang lain berat melangkah. 
walau sekaki.

itulah sahabat.

dunia dan akhirat.

berjabat kita, kerana Illahi.

sahabat.





Jumaat, 25 Januari 2013

nasi goreng ayam


Lapar pulak porut sey malam-malam nie. Jadi tadi sey pun start la enjin kereto poie tapau nasik goreng ayam. Tetibo lapa lak sey memalam jemahat ni. Nak makan bini takdo sobab sey kan single. Tapi sey nie tak available laei la sobab dah kono booking mo awek Sabah.

     Maso oder sey posan mo brader kodai makan tu. Sey suruh bungkuih nasik goreng ayam tapi asing an ayam mo nasik. Sambil garu kepalo tak berapo nak gatal tu, brader kedai makan tersobut menurut permintaan sey tanpo banyak soalan.


     10 minit lopeh tu, siap la nasik goreng ayam sey. Osah handa ea brader tu buek nasik goreng ayam. 10 minit yo siap bungkuih mo sup kosong sekali. 


"semuo ea sekali ompek inggit (RM 4) jang !"

"okay. mokasih bang. jawab sey."


"napo ko nak asing lak ayam mo nasik ea nie jang?" brader tu tak pueh hati mo sey sombab nambah kojo dio.

"tak do bang. kang kalau tak asing an nasik mo ayam, habieh nasi sey dimakan kek ayam tu. sey nak makan apo pulak ?"

lalu sey pun blah dari kodai makan tu dengan muko tak bersalah.









Khamis, 24 Januari 2013

tidur.



perlahan aku hirup angin malam.
pandangan kabur kerana samar malam.
di atas tilam empuk.
aku berkhayal.
terbayangkan segala-galanya.
kenangan lalu.
apa yang boleh berlaku.
dan yang akan berlaku.

sehingga aku terbuai mimpi lena.

dah jom tidur.
pukul 2.30 pagi dah nie woiii !





Selasa, 22 Januari 2013

lima hari lepas.


sambungan...

5 hari yang lepas. jika dikira dengan jari memang cukup sebelah tangan untuk mengiranya. tapi hakikatnya, 5 hari yang lepas itu jika mengikut kepada tarikh entri yang lepas. damn ! apa yang aku mencarut ni ? banyak betul perkataan lepas. lepas itu. lepas ini. celaka betul.

yang sebetulnya. aku dah terlambat nak sambung cerita yang lepas. 

--------------------- 
kalau dikira dengan jumlah hari yang sebenar, sudah 2 minggu berlalu. 12 tengahmalam. aku berhenti bermain FIFA 13. aku capai rokok sebatang. handset nokia torchlight aku dailkan nombor mydear.

happy birthday sayang. 
esok kita jumpa ea. kita celebrate birthday you. 

good night.

tamat perbualan. aku terus sambung menyedut asap marlboro sambil menikmati udara malam.

--------------------- 
jam 3.42 petang. terkejut aku nokia torchlight aku berbunyi. mydear aku call.

mana you nie ? ckp nak keluar celebrate ?

aku gosok tahi mata. lap air liur. berlari ke bilik air. lepas solat zuhur di akhir waktu. terus memecut mini cooper aku menjemput mydear.

celebrate dekat mana ? buat apa ? biarlah itu menjadi rahsia aku berdua. kih kih kih.

--------------------- 

Setahun. Alhamdulillah.
Knowing someone like you
There’s a lot of thing I learnt over this year with you
Sabar, bertolak ansur, balajar memaafkan dan meminta maaf
The most important is…
belajar memahami dan mengenali antara satu sama lain
Thank you for giving me chance to know you
Thank you for being my special friend
Thank you for always be with me in any situation
I’m sorry for any mistakes that I’ve done with you over this year
te quiero dear

aku copy wish ni dari mydear untuk aku. doakan aku berbahagia. 







Ahad, 13 Januari 2013

tahun baru.


Aku gosok mata aku dua tiga kali. Celaka. Terjaga pulak aku dari tidur. Aku capai BlackBerry Curve yang baru setahun jagung umurnya di hujung katil. Baru pukul 3.09 pagi rupanya dan yang pasti baru tiga jam sembilan minit aku tidur. Sial, kenapa awal sangat aku terjaga. 

   Aku capai kotak Marlboro. Tinggal 5 batang saja isi dalam perut kotak putih itu. Kebelakangan ini makanan ruji aku telah bertukar dari nasi kepada batang tembakau ini. Sungguh celaka. Aku melihat PC yang berada di atas meja memanggil-manggil untuk diperkosa. Alang-alang broadband mydear masih dalam simpanan aku, baik aku online sekejap, hati aku bermain kata-kata. Asap berkepul-kepul memenuhi segenap ruang bilik tidur aku. Sambil itu juga aku check satu persatu notification yang masuk sejak petang semalam di laman facebook aku. Dengan keadaan bilik aku yang tidak mempunyai kemudahan internet, broadband mydear yang selalu menjadi mangsa aku untuk melepaskan gian berada dia atas talian.

   13 hari lepas. Semua manusia, kucing mahupun nyamuk menyambut tahun baru. Tahun baru yang berkiblatkan barat. Kalau aku, tahun baru pada setiap 1 Januari tidak mempunyai apa-apa maksud yang dalam. Sekadar hari biasa. Ditambah pula dengan negeri di mana aku menuntut ilmu ini tidak cuti pada hari tersebut. Sungguh celaka rasanya. Tak dapat aku nak tidur petang. 
" Dah tak penting kenapa kau tulis entri bertajuk "TAHUN BARU" bangang ? "
--------------------- 
   8 hari lepas. Aku dan mydear pergi menonton pasukan EPL kegemaran aku, Manchester United bertemu West Ham di Restoran Ayub, mamak paling up dalam Taman Universiti. Aku memesan mee goreng mamak dan nescafe tarik sebagai peneman perut dalam menonton perlawan tak seberapa nak penting tu. Seingat aku sejak mula season baru tahun lepas, ini kali pertama aku menonton perlawanan yang melibatkan Manchester United secara live. Cibai. Terasa diri aku ini terlalu sibuk sehingga nak menonton perlawanan bola sepak pun aku boleh up dalam entri blog usang ini. Celaka. Perlawanan Piala FA malam itu berkesudahan seri  dua sama. Van Persie saves AF ass with scored the wonderful equaliser in the last minute of injury time. Pheeewww.


--------------------- 
   Setahun lima hari yang lepas. Kau baca la dekat enti ini. Malas aku nak menaip. 08012012.

--------------------- 
   5 hari lepas. Genap setahun aku bersama mydear. Dan juga mydear menyambut hari kelahiran yang ke-21. Dengan itu mydear aku sudah layak untuk mengundi pada pilihan raya akan datang. Semoga mydear aku pandai membuat pilihan semasa mengundi nanti. Cerita 5 hari yang lepas. Aku cerita dalam entri lepas ini . Sebab dah nak masuk waktu subuh. Padehal aku dah malas nak menaip. 

--------------------- 
   Sudah 3 batang tembakau aku sedut rupanya pagi ni. Sial. Dahulu aku paling gah melaungkan bahawa aku tidak akan sentuh batang tembakau ini. Sekarang. Aku sendiri berdekah-dekah mentertawakan diri aku sendiri. Ludah sudah jatuh ke muka sendiri. Aku hanya mampu untuk ketawa. Mydear ? Sudah semestinya dia kecewa dengan aku apabila dapat tahu aku menghisap batang tembakau ini. Aku juga kecewa kerana membuat dia kecewa dan sedih. Bagi aku, kalau betul dia sayangkan aku, dia terus menyokong aku. Serta menasihati aku. Walaupun aku sendiri tahu yang nasihat mydear itu memang tak akan sangkut dalam kepala otak ini. Tapi apa yang aku  tahu. Aku hanya sayang dia seorang. Mydear.

   Lagu Are You Mine nyayian Artic Monkeys mengejutkan aku. Rupanya jam penggera BlackBerry aku sudah berbunyi menandakan sudah pukul 5.40 pagi. Sudah tiba masanya untuk aku menyiapkan diri untuk bertemu dengan Maha Pencipta. 




Sabtu, 29 Disember 2012

sehari



"Maha Suci (Allah) yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan." - 36:83

Tuhan memberi peluang.
Peluang untuk aku mengenali diri kau.
Diri kau yang tak pernah aku kenal.
Kenal hanya atas nama.
Nama yang dipilih orang tua kau.

Kau.
Kau yang sentiasa bergembira.
Gembira dengan ketawa.
Ketawa kau masih terngiang-ngiang.
Walaupun aku hanya bertemu dengan kau.
Hanya sekali.

Sekali.
Tapi kau memberi kesan.
Kesan yang dalam kepada aku.

Arggghhh !
Sial.

Semoga kau tenang di sana.
Al-Fatihah.
Buat arwah Siti Izzati binti Hashim.
Yang aku kenal hanya sehari.

Maaf.



p/s : Al-Fatihah juga buat arwah Faizol Ashraf, sahabat semasa sekolah yang telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan pada 25122012. semoga kau tenang di sana. ameen.