"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Sabtu, 2 Februari 2013

siapa ?



siapa ?
siapa kau sebenarnya ?

kau bukanlah sekadar yang mempunyai nama.

yang punyai berat. yang punyai tinggi.
ataupun yang mempunyai jantina.

kau bukan juga yang punyai umur.
dan kau bukan dari mana kau berasal.

kau adalah apa yang kau baca.
dan lagu yang selalu berputar di benak akal kau.

kau adalah apa yang kau fikirkan.
dan juga apa yang kau makan untuk sarapan
di pagi sabtu.

kau adalah kau.
tiada yang lain.
tetapi semua orang memilih untuk yang lain.
berjuta-juta perkara yang lain.

tapi. kau tidak.


kau bukan dari mana kau berasal.
tetapi.
kau adalah ke mana kau mahu pergi.

dan aku juga mahu ke sana.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan