Aku gosok mata aku dua tiga kali. Celaka. Terjaga pulak aku dari tidur. Aku capai BlackBerry Curve yang baru setahun jagung umurnya di hujung katil. Baru pukul 3.09 pagi rupanya dan yang pasti baru tiga jam sembilan minit aku tidur. Sial, kenapa awal sangat aku terjaga.
Aku capai kotak Marlboro. Tinggal 5 batang saja isi dalam perut kotak putih itu. Kebelakangan ini makanan ruji aku telah bertukar dari nasi kepada batang tembakau ini. Sungguh celaka. Aku melihat PC yang berada di atas meja memanggil-manggil untuk diperkosa. Alang-alang broadband mydear masih dalam simpanan aku, baik aku online sekejap, hati aku bermain kata-kata. Asap berkepul-kepul memenuhi segenap ruang bilik tidur aku. Sambil itu juga aku check satu persatu notification yang masuk sejak petang semalam di laman facebook aku. Dengan keadaan bilik aku yang tidak mempunyai kemudahan internet, broadband mydear yang selalu menjadi mangsa aku untuk melepaskan gian berada dia atas talian.
13 hari lepas. Semua manusia, kucing mahupun nyamuk menyambut tahun baru. Tahun baru yang berkiblatkan barat. Kalau aku, tahun baru pada setiap 1 Januari tidak mempunyai apa-apa maksud yang dalam. Sekadar hari biasa. Ditambah pula dengan negeri di mana aku menuntut ilmu ini tidak cuti pada hari tersebut. Sungguh celaka rasanya. Tak dapat aku nak tidur petang.
" Dah tak penting kenapa kau tulis entri bertajuk "TAHUN BARU" bangang ? "
---------------------
8 hari lepas. Aku dan mydear pergi menonton pasukan EPL kegemaran aku, Manchester United bertemu West Ham di Restoran Ayub, mamak paling up dalam Taman Universiti. Aku memesan mee goreng mamak dan nescafe tarik sebagai peneman perut dalam menonton perlawan tak seberapa nak penting tu. Seingat aku sejak mula season baru tahun lepas, ini kali pertama aku menonton perlawanan yang melibatkan Manchester United secara live. Cibai. Terasa diri aku ini terlalu sibuk sehingga nak menonton perlawanan bola sepak pun aku boleh up dalam entri blog usang ini. Celaka. Perlawanan Piala FA malam itu berkesudahan seri dua sama. Van Persie saves AF ass with scored the wonderful equaliser in the last minute of injury time. Pheeewww.
---------------------
Setahun lima hari yang lepas. Kau baca la dekat enti ini. Malas aku nak menaip. 08012012.
---------------------
5 hari lepas. Genap setahun aku bersama mydear. Dan juga mydear menyambut hari kelahiran yang ke-21. Dengan itu mydear aku sudah layak untuk mengundi pada pilihan raya akan datang. Semoga mydear aku pandai membuat pilihan semasa mengundi nanti. Cerita 5 hari yang lepas. Aku cerita dalam entri lepas ini . Sebab dah nak masuk waktu subuh. Padehal aku dah malas nak menaip.
---------------------
Sudah 3 batang tembakau aku sedut rupanya pagi ni. Sial. Dahulu aku paling gah melaungkan bahawa aku tidak akan sentuh batang tembakau ini. Sekarang. Aku sendiri berdekah-dekah mentertawakan diri aku sendiri. Ludah sudah jatuh ke muka sendiri. Aku hanya mampu untuk ketawa. Mydear ? Sudah semestinya dia kecewa dengan aku apabila dapat tahu aku menghisap batang tembakau ini. Aku juga kecewa kerana membuat dia kecewa dan sedih. Bagi aku, kalau betul dia sayangkan aku, dia terus menyokong aku. Serta menasihati aku. Walaupun aku sendiri tahu yang nasihat mydear itu memang tak akan sangkut dalam kepala otak ini. Tapi apa yang aku tahu. Aku hanya sayang dia seorang. Mydear.
Lagu Are You Mine nyayian Artic Monkeys mengejutkan aku. Rupanya jam penggera BlackBerry aku sudah berbunyi menandakan sudah pukul 5.40 pagi. Sudah tiba masanya untuk aku menyiapkan diri untuk bertemu dengan Maha Pencipta.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan