"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Jumaat, 1 Mac 2013

pangkat.


pantas jari jemari aku menaip email untuk log in ke akaun facebook. penuh notification. ada 38. belek satu persatu. tak sampai 10 notification pun bagi aku penting. yang lain semua tekan butan like yang Mark Zuckerberg perkenalkan. dari ayat poyo status aku yang entah mana aku copypaste sampai la ke gambar cover untuk profile aku yang juga aku curi dekat dunia internet tanpa sempadan nie. dan salah satunya email yang kawan kelas aku forwardkan.
Dear students,
Our class is cancelled tomorrow because I'm attending a course at ****. Please inform your group members.
Thank you.
          tersenyum aku. ini sudah bagus. kelas english petang esok batal. bagi aku kelas pada waktu petang selepas waktu makan tengahari adalah satu perkara yang paling bangang. perut kau kenyang. masuk pulak bilik kuliah berhawa dingin. ditambah pula dengan pensyarah yang membosankan. bebel. bebel. bebel. memang sesuai untuk tidur la.



--------------------
          "Goalll !!!" jerit member aku. celaka. dah 2 goal dia belasah aku nie. main FIFA13 memang bukan kepakaran aku agaknya. walaupun aku gunakan pasukan kegemaran aku Manchester United yang power lagi hebat. aku masih kalah. member aku guna Juventus. celaka betul. aku tak puas hati. "Jom second round !" aku bakar member aku. walhal, aku yang kalah tadi.
" Guys ! Madam ***** panggil pergi kelas ! Cepat, dia tengah mengamuk tu ! " kabo Mel merangkap mama angkat kelas aku. kira macam P.A. la lebih kurang.
         celaka. apehal pulak tiba-tiba ada kelas pulak nie. semalam kabo batal. berat kaki menapak ke bilik kuliah. tak lupa novel Bayang tulisan Nami dipimpin masuk ke bilik kuliah. peneman dikala orang tua tu membebel kejap lagi. pujuk hati aku.
" You all nie semua tak reti bersyukur.... "
" Saya dah agak dah. Pelajar arkitek memang tak berdispilin... "
" Keluar masuk bla bla bla...... "
arghhh. celaka. semalam kau yang email cakap kelas batal. dah masuk kelas, nak salahkan aku pulak masuk lambat. tak pasal-pasal member aku baru masuk kena sound direct. dah budak tu dapat information kelas tak jadi batal lambat. kira untunglah dia ada semangat nak masuk ke kelas. Better late than never katanya. kalau aku memang aku sambung tidur balik la.

          apa dia ingat dia lecturer dia bagus ? duduk dekat depan. scroll slide. baca balik. kurang sikit aku nak hormat. cuma kau lahir awal sikit dari aku. kau dah jadi lecturer. itu je sebab dia kau berada di meja hadapan dan aku duduk di kerusi belakang. dengar kau membebel. bukan kau mengajar. sorry. sebab kau berpangkat aku kena hormat ? kalau macam tu, kenapa Najib Razak orang boleh troll setiap hari dekat facebook ? pemimpin no 1 di Malaysia.

           bagi aku senang. kau hormat aku. aku hormat kau. undang-undang manusia. just simple.

--------------------
          dan malam nie baru aku tau lecturer tu salah hantar email rupanya. dah tu pulak bukan nak comfirmkan balik. minta maaf pun tidak. marah ke aku dan budak kelas aku pulak. celaka. 
          


Tiada ulasan:

Catat Ulasan