"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Ahad, 15 April 2012

bodoh.

apa jadah gua membodohkan orang pagi-pagi subuh nie ? kakakaka :D bukan setakat gua nak cakap yang lu orang nie bodoh, gua siap gelak guling-guling. geleng kepala gua tengok kaum sebangsa sendiri masih berdiri di takuk lama. tengok sekilas, nampak pandai. nampak berpelajaran. yang wanita sejuk mata gua tengok. ada yang berpurdah. alhamdulillah. tapi lu orang tetap gua nak label sebagai bodoh.
PTPTN ? apa tu PTPTN ? PTPTN adalah badan kerajaan Najib yang memberi wang PINJAMAN kepada pelajar yang kurang cemerlang macam gua untuk sambung belajar ke peringkat IPTA/IPTS. golongan nie adalah golongan yang bertentangan dengan golongan yang membuat muka tebal dan tak malu nak mohon biasiswa JPA, MARA mahupun SimeDarby kerana mereka cemerlang. kakakaka :D

jadi, apa kene mengena PTPTN nie dengan golongan yang gua bodohkan tadi ???

malu nak cakap.

tapi gua nak cakap jugak. lu orang jugak yang duk laung-laung Malaysia negara DEMOkrasi. suka gua la nak cakap apa! macam lu orang juga la, sikit-sikit nak demo. nasib baik nak pergi berak pun lu orang tak demo depan pejabat indah water.

golongan yang kononnya layak digelar MAHASISWA dengan lantang melaungkan " HAPUS PTPTN !!! " siap berdemo dekat dataran merdeka. kalau la Tunku Abdul Rahman hidup lagi, gua rasa dia pun guling-guling gelak macam gua. kakaka :D

hello brader ! dah nama pun PINJAMAN. yang lu orang nak suruh kerajaan penipu Najib hapuskan PTPTN pasai pa? lu pun sama la penipu dengan Najib tu. tipu diri sendiri sebab tak mengaku pernah berhutang. dulu masa sekolah suruh belajar pandai-pandai lu tido dalam kelas, kan padan muka tak dapat biasiswa. sibuk suruh PINJAMAN tukar jadi biasiswa. sedar la sikit muka tu. ada peluang nak sambung belajar pun dah kira bersyukur. kufur tau tak bila tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.

tapi gua bukan tak sokong tindakan lu orang semua tu. cuma apa yang lu orang laungkan tu macam memperbodohkan diri sendiri. meh tengok nie.
kenapa dari dulu PTPTN nie dibenci secara turun temurun. kalah Mahsuri lu tau. Mahsuri baru 7 keturunan. kakakaka :D dari dulu sampai sekarang PTPTN nie telah mencuri duit mahasiswa Malaysia walaupun mereka telah bekerja. gua tak malu nak cakap sampai sekarang bapak gua masih bayar hutang PTPTN. sebab apa? sebab kerajaan dan sekutu Najib mengamalkan amalan riba'. Astagfirullah. kita sebagai rakyat, nak telan mati mak diluah mati bapak. terpaksa menjadi pak turut.

jadi kepada abam Adam Adli dan kawan-kawan yang tido dalam khemah beli dekat Tesco atas Dataran Merdeka tu, fikir dan renungkanlah. apa yang patut diperjuangkan sebenarnya? hapus PTPTN? itu ibarat lu pergi kaunter pertanyaan untuk membuat pembayaran di Jusco. kerja yang sia-sia lagi nampak bodoh. kita sepatutnya memperjuangkan apa yang betul. betulkan yang salah. 

sepatutnya laungkan lah, KAMI MAHU BAYAR APA YANG KAMI PINJAM SAHAJA !!!

*gua tak berpihak mana-mana pihak. gua hanya menulis sebagai manusia biasa. sebagai seorang pelajar yang berhutang dengan PTPTN. 




5 ulasan:

  1. semangat aku baca pasal ptptpu ko pepagi nih..haha...bagi aku setelkan hal riba tu dulu...baru la nk sembang pasal menda lain...agama didahulukan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang gua maksudkan, " KAMI MAHU BAYAR APA YANG KAMI PINJAM SAHAJA " :)

      Padam
  2. Balasan
    1. jgn sokong gua. gua bukan sape2. dan jgn sokong najib ! kah3 :D

      Padam