"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Khamis, 12 April 2012

Bertunang Kita Tanpa Sedar


Situasi :-
Ali : Timah Timah, nak kahwin dengan Ali tak ? *sambil senyum macam kambing 
Timah : *senyum malu-malu kambing. Eh, mesti la nak ! Gila tak nak kahwin dengan Ali nie.  ^_^ 
Ali : Yeay  \^_^/  Alhamdulillah ya Allah.
 
Sekarang ramai sahabat gua yang selalu atau mungkin akan melalui situasi seperti di atas. Persoalannya adalah , adakah situasi begini akan menyebabkan kita akan BERTUNANG TANPA KITA SEDAR ???
Maksud pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya yang gua boleh bagi, Ali telefon Timah :-
Ali : Timah, nak kahwin dengan Ali tak ?

"Kahwin la dengan saya bila-bila," jawab Timah.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut, walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, HARAM bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Jadi selama ini upacara menghantar rombongan meminang tu hanyalah adat orang melayu sahaja. Buang duit je semua tu bro! LOL

Allahualam... ^_^

2 ulasan: