Assalamualiakum w.b.t. dan salam 1 bloggers !!!
Pertama sekali, sampaikan salam jari tengah saya kepada fans Arsengal yang berjaya menukarkan Stadium NASIONAL Bukit Jalil menjadi Emirates Stadium . Dan yang kedua, sesiapa yang tak puas hati dengan ayat pertama saya di atas, sila close tab blog saya ini . Terima kasih .
gambar nie saya tibau di Arsengal Fan Page FB !!!
Anda masih teruskan membaca ??? Tahniah saya ucapkan kerana anda memang layak untuk terus berada di Tanah Malaya ini dengan memegang IC colour biru . Saya berbangga dengan anda . Kerana anda semua masih mempunyai perasaan cintakan tanah air ! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!! Dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Arsengal tadi dengan memakai jersey Malaysia [WALAUPUN TAK ORIGINAL] yang hadir mengangkat MAFLA MALAYSIA !!! Saya berbangga dengan anda !!!
Tetapi, ada diantara rakan saya menyatakan, " GUA SOKONG MALAYSIA... KRITIK PLAYER ARSENGAL... TAPI SEMUA ORANG SEKELILING PANDANG GUA PELIK !!! " ... Ouh ! Sedih hati bila mendengar keluhan seorang rakan saya yang dipandang hina dan dipandang serong oleh rakyat Malaysia sendiri... Yang sama-sama makan budu... Tetapi mendabik dada menyatakan mereka makan CHEESE dengan memakai jersey ARSENGAL dengan bangganya !!!
Mungkin mereka ini berbangga memakai logo meriam di dada mereka walhal meriam inilah sewaktu ketika dahulu pernah menjajah atuk nenek kita... Pernah menjajah tanah air kita... Atuk nenek kita bersusah payah mencari kemerdekaan dari meriam ini tetapi sekarang kita lebih berbangga dengan mereka... Ouh =.=' Mereka tidak berbangga dengan bendera JALUR GEMILANG kita sendiri...Tetapi lagi bangga dan bersorak apabila badge meriam zaman British tersarung di badan mereka .
Saya terus mengucapkan kata kecewa saya. Kerana sahabat saya sendiri yang masih leka dan hayal di dunia sendiri tanpa mempunyai perasaan sedih ataupun berkecil hati dengan gelagat penonton di Bukit Jalil tadi. Ada yang menyatakan, "ALA, BENDE CAM NIE PON NAK BISING " =.=' Terdiam sebentar saya membaca komen beliau... Saya tertanya-tanya di mana letaknya perasaan cintakan tanah air di dalam dirinya.
Malu saya melihat gambar ini . Orang lain lebih berbangga dengan Malaysia =.='
Dan yang ini... Saya masih kurang pasti kesahihannya... Kerana saya tidak berada di Bukit Jalil... Tapi saya difahamkan pemain tanah air kita di booooo oleh penonton-penonton omputih celup !!! Jika salah, tolong betulkan saya. Tetapi jika betul apa yang dikhabarkan kepada saya, saya minta yang berada di stadium tadi yang memakai jersey Arsengal... SILA PATAHKAN IC LU ORANG SEKARANG !!! BAGI ANJING MAKAN PON ANJING TAK NAK !!! Damn !!! Memang saya berasa amat sedih dan bengang !!! Saudara seagama, sebangsa, satu negara dengan kita dihina begitu rupa oleh saudaranya sendiri ??? Cuba bayangkan...
Kesan kepada pemain-pemain negara juga kita perlu ambil berat... Mental mereka pasti tercalar dan koyak melihat aksi-aksi warganegara Malaysia sendiri memperlekeh pasukan tanah air. Kita perlu ingat bahawa kita ada misi penting pada 23 Julai ini iaitu perlawanan menentang Singapura !!! Jika pasukan kita hilang keyakinan kerana merasa diri mereka gagal dalam perlawanan persahabatan ini ditambah lagi dengan gelagat badut-badut omputih celup di Bukit Jalil tadi... Misi untuk ke Piala Dunia 2014 bertambah sukar !!!
Pesanan saya untuk FAM !!! Banyak cara lain lagi untuk mendapatkan duit dari melayan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia yang sememangnya tidak mendatangkan faedah kepada pasukan negara... Yang untung, kakitangan FAM yang duk goyang kaki makan duit tiket yang mahal nak mapos tu !!! Kalau perlawanan biasa, kenapa tiket boleh berharga RM 20 ??? Yang menjadi mangsa, pemain-pemain yang koyak mental mereka dan pasukan negara yang malu dikalahakan... Datuk K. Rajagopal dan anak-anak buahnya yang menahan muka dipersoal engan bermacam-macam soalan !!! FAM ??? Goyang kaki tidur atas tilam duit !!!
- Jadi jangan pelik jika tadi di Stadium NASIONAL Bukit Jalil para penonton bersorak apabila kubu pertahanan negara diasak oleh pemain Arsengal !!!
- Jangan pelik apabila penonton bersorak Arsengal dapat penalti di minit ke-4 perlawanan !!!
- Jangan pelik apabila KUNALAN membawa bola ke kubu pertahanan Arsengal tanpa ditemani sorakan padu penonton !!!
UNCLE SAID :- Uncle seorang fans tegar MAN UTD dan BARCELONA... Tetapi tidak akan sesekali Uncle menyarung dua jersey ini apabila Uncle turun menyaksikan perlawanan yang melibatkan Malaysia TANAH TUMPAH DARAHKU !!! Kerana sehebat mana pon pasukan lain, pasukan negara tetap menjadi pilihan Uncle !!! Jersey Man Utd Uncle layan pergi pasar malam je !!! Jersey Barcelona Uncle pakai time nak tido je !!! Renung-renungkanlah !!! Ikhlas dari ANAK MALAYSIA yang MEMEGANG IC COLOUR BIRU !!!
wah..semangat camnilah yang kita nak!haha
BalasPadamkalau aku pon lebih sokong malaysia,,walaupon aku tahu kemampuan negara lain..=)
adei. boleh tahan gak sakai spe yg sokong arsengal ni tyme nga lwan negra sendiri. xda semangat kenegaraan langsung. neways,bgus gila entry kali ni. gud job chung-ho!
BalasPadammalaysia tetap dihati walaupon tewas semalm...
BalasPadam( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik )
( jom klik ) ( jom klik ) ( jom klik )
anak wak mail :- Uncle masih sayangkan TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!!!
BalasPadambig boss :- Saya hanya menyatakan rasa sedih dan terkilan saya !!! Saya harap mereka sedar .
BalasPadamkotak mancis :- yeah !!! Malaysia tetap di hati !!!
BalasPadamyg bOoo itu memang SENGAL...
BalasPadamgO MALAYSIA ! !
tanah tumpah darahku =)
<3 muslim *tetibe*
This Is Best Bro...
BalasPadam