"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2012

bodoh.

apa jadah gua membodohkan orang pagi-pagi subuh nie ? kakakaka :D bukan setakat gua nak cakap yang lu orang nie bodoh, gua siap gelak guling-guling. geleng kepala gua tengok kaum sebangsa sendiri masih berdiri di takuk lama. tengok sekilas, nampak pandai. nampak berpelajaran. yang wanita sejuk mata gua tengok. ada yang berpurdah. alhamdulillah. tapi lu orang tetap gua nak label sebagai bodoh.
PTPTN ? apa tu PTPTN ? PTPTN adalah badan kerajaan Najib yang memberi wang PINJAMAN kepada pelajar yang kurang cemerlang macam gua untuk sambung belajar ke peringkat IPTA/IPTS. golongan nie adalah golongan yang bertentangan dengan golongan yang membuat muka tebal dan tak malu nak mohon biasiswa JPA, MARA mahupun SimeDarby kerana mereka cemerlang. kakakaka :D

jadi, apa kene mengena PTPTN nie dengan golongan yang gua bodohkan tadi ???

malu nak cakap.

tapi gua nak cakap jugak. lu orang jugak yang duk laung-laung Malaysia negara DEMOkrasi. suka gua la nak cakap apa! macam lu orang juga la, sikit-sikit nak demo. nasib baik nak pergi berak pun lu orang tak demo depan pejabat indah water.

golongan yang kononnya layak digelar MAHASISWA dengan lantang melaungkan " HAPUS PTPTN !!! " siap berdemo dekat dataran merdeka. kalau la Tunku Abdul Rahman hidup lagi, gua rasa dia pun guling-guling gelak macam gua. kakaka :D

hello brader ! dah nama pun PINJAMAN. yang lu orang nak suruh kerajaan penipu Najib hapuskan PTPTN pasai pa? lu pun sama la penipu dengan Najib tu. tipu diri sendiri sebab tak mengaku pernah berhutang. dulu masa sekolah suruh belajar pandai-pandai lu tido dalam kelas, kan padan muka tak dapat biasiswa. sibuk suruh PINJAMAN tukar jadi biasiswa. sedar la sikit muka tu. ada peluang nak sambung belajar pun dah kira bersyukur. kufur tau tak bila tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.

tapi gua bukan tak sokong tindakan lu orang semua tu. cuma apa yang lu orang laungkan tu macam memperbodohkan diri sendiri. meh tengok nie.
kenapa dari dulu PTPTN nie dibenci secara turun temurun. kalah Mahsuri lu tau. Mahsuri baru 7 keturunan. kakakaka :D dari dulu sampai sekarang PTPTN nie telah mencuri duit mahasiswa Malaysia walaupun mereka telah bekerja. gua tak malu nak cakap sampai sekarang bapak gua masih bayar hutang PTPTN. sebab apa? sebab kerajaan dan sekutu Najib mengamalkan amalan riba'. Astagfirullah. kita sebagai rakyat, nak telan mati mak diluah mati bapak. terpaksa menjadi pak turut.

jadi kepada abam Adam Adli dan kawan-kawan yang tido dalam khemah beli dekat Tesco atas Dataran Merdeka tu, fikir dan renungkanlah. apa yang patut diperjuangkan sebenarnya? hapus PTPTN? itu ibarat lu pergi kaunter pertanyaan untuk membuat pembayaran di Jusco. kerja yang sia-sia lagi nampak bodoh. kita sepatutnya memperjuangkan apa yang betul. betulkan yang salah. 

sepatutnya laungkan lah, KAMI MAHU BAYAR APA YANG KAMI PINJAM SAHAJA !!!

*gua tak berpihak mana-mana pihak. gua hanya menulis sebagai manusia biasa. sebagai seorang pelajar yang berhutang dengan PTPTN. 




Ahad, 28 Ogos 2011

Aku Terima Nikahnya...

“Aku terima nikahnya dgn 
si dia binti si ayah dia 
dengan mas kahwinnya RM..”  
Itu yang tersurat. tersirat?
ini dia, 
“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, 
apa saja dosa yang dia buat, 
aku tanggung dan bkn lg ibubapanya tanggung, 
dan aku tanggungdosa bakal anak-anak aku. 
Kalau gagal, maka aku fasik, dayus 
dan akurela masuk neraka 
dan malaikat Malikmelibas 
aku hingga pecah badan aku” :))


renung-renungkanlah wahai saudaraku kaum adam ~





Khamis, 14 Julai 2011

Suara Hati Warganegara Malaysia yang Memegang IC Colour Biru !!!





Assalamualiakum w.b.t. dan salam 1 bloggers !!!


Pertama sekali, sampaikan salam jari tengah saya kepada fans Arsengal yang berjaya menukarkan Stadium NASIONAL Bukit Jalil menjadi Emirates Stadium . Dan yang kedua, sesiapa yang tak puas hati dengan ayat pertama saya di atas, sila close tab blog saya ini . Terima kasih .

gambar nie saya tibau di Arsengal Fan Page FB !!!

AMARAN : JIKA ANDA TIDAK SUKA !!! JANGAN BACA !!! SEKIAN ~


Anda masih teruskan membaca ??? Tahniah saya ucapkan kerana anda memang layak untuk terus berada di Tanah Malaya ini dengan memegang IC colour biru . Saya berbangga dengan anda . Kerana anda semua masih mempunyai perasaan cintakan tanah air ! TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !!! Dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Arsengal tadi dengan memakai jersey Malaysia [WALAUPUN TAK ORIGINAL] yang hadir mengangkat MAFLA MALAYSIA !!! Saya berbangga dengan anda !!!


Tetapi, ada diantara rakan saya menyatakan, " GUA SOKONG MALAYSIA... KRITIK PLAYER ARSENGAL... TAPI SEMUA ORANG SEKELILING PANDANG GUA PELIK !!! " ... Ouh ! Sedih hati bila mendengar keluhan seorang rakan saya yang dipandang hina dan dipandang serong oleh rakyat Malaysia sendiri... Yang sama-sama makan budu... Tetapi mendabik dada menyatakan mereka makan CHEESE dengan memakai jersey ARSENGAL dengan bangganya !!!


Mungkin mereka ini berbangga memakai logo meriam di dada mereka walhal meriam inilah sewaktu ketika dahulu pernah menjajah atuk nenek kita... Pernah menjajah tanah air kita... Atuk nenek kita bersusah payah mencari kemerdekaan dari meriam ini tetapi sekarang kita lebih berbangga dengan mereka... Ouh =.=' Mereka tidak berbangga dengan bendera JALUR GEMILANG kita sendiri...Tetapi lagi bangga dan bersorak apabila badge meriam zaman British tersarung di badan mereka .


Saya terus mengucapkan kata kecewa saya. Kerana sahabat saya sendiri yang masih leka dan hayal di dunia sendiri tanpa mempunyai perasaan sedih ataupun berkecil hati dengan gelagat penonton di Bukit Jalil tadi. Ada yang menyatakan, "ALA, BENDE CAM NIE PON NAK BISING "  =.=' Terdiam sebentar saya membaca komen beliau... Saya tertanya-tanya di mana letaknya perasaan cintakan tanah air di dalam dirinya. 
Malu saya melihat gambar ini . Orang lain lebih berbangga dengan Malaysia =.='


Dan yang ini... Saya masih kurang pasti kesahihannya... Kerana saya tidak berada di Bukit Jalil... Tapi saya difahamkan pemain tanah air kita di booooo oleh penonton-penonton omputih celup !!! Jika salah, tolong betulkan saya. Tetapi jika betul apa yang dikhabarkan kepada saya, saya minta yang berada di stadium tadi yang memakai jersey Arsengal... SILA PATAHKAN IC LU ORANG SEKARANG !!! BAGI ANJING MAKAN PON ANJING TAK NAK !!! Damn !!! Memang saya berasa amat sedih dan bengang !!! Saudara seagama, sebangsa, satu negara dengan kita dihina begitu rupa oleh saudaranya sendiri ??? Cuba bayangkan...


Kesan kepada pemain-pemain negara juga kita perlu ambil berat... Mental mereka pasti tercalar dan koyak melihat aksi-aksi warganegara Malaysia sendiri memperlekeh pasukan tanah air. Kita perlu ingat bahawa kita ada misi penting pada 23 Julai ini iaitu perlawanan menentang Singapura !!! Jika pasukan kita hilang keyakinan kerana merasa diri mereka gagal dalam perlawanan persahabatan ini ditambah lagi dengan gelagat badut-badut omputih celup di Bukit Jalil tadi... Misi untuk ke Piala Dunia 2014 bertambah sukar !!!


Pesanan saya untuk FAM !!! Banyak cara lain lagi untuk mendapatkan duit dari melayan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia yang sememangnya tidak mendatangkan faedah kepada pasukan negara... Yang untung, kakitangan FAM yang duk goyang kaki makan duit tiket yang mahal nak mapos tu !!! Kalau perlawanan biasa, kenapa tiket boleh berharga RM 20 ??? Yang menjadi mangsa, pemain-pemain yang koyak mental mereka dan pasukan negara yang malu dikalahakan... Datuk K. Rajagopal dan anak-anak buahnya yang menahan muka dipersoal engan bermacam-macam soalan !!! FAM ??? Goyang kaki tidur atas tilam duit !!!



  • Jadi jangan pelik jika tadi di Stadium NASIONAL Bukit Jalil para penonton bersorak apabila kubu pertahanan negara diasak oleh pemain Arsengal !!! 
  • Jangan pelik apabila penonton bersorak Arsengal dapat penalti di minit ke-4 perlawanan !!!
  • Jangan pelik apabila KUNALAN membawa bola ke kubu pertahanan Arsengal tanpa ditemani sorakan padu penonton !!!

UNCLE SAID :- Uncle seorang fans tegar MAN UTD dan BARCELONA... Tetapi tidak akan sesekali Uncle menyarung dua jersey ini apabila Uncle turun menyaksikan perlawanan yang melibatkan Malaysia TANAH TUMPAH DARAHKU !!! Kerana sehebat mana pon pasukan lain, pasukan negara tetap menjadi pilihan Uncle !!! Jersey Man Utd Uncle layan pergi pasar malam je !!! Jersey Barcelona Uncle pakai time nak tido je !!! Renung-renungkanlah !!! Ikhlas dari ANAK MALAYSIA yang MEMEGANG IC COLOUR BIRU !!!




Isnin, 11 Julai 2011

SubhanAllah !!! Siapakah Pak cik kat depan Sogo nie???



Malam nie gua susah nak tido beb ... Sebab dah pekena Nescafe White Coffee 3 in 1 tadi !!! kekekeke :D Tapi nie gua nak kongsi dengan lu orang semua pasal satu video clip mengenai seorang pak cik hamba Allah nie yang bercakap memberi pendapat beliau mengenai Negara kita, Agama kita, Bangsa kita ... Sungguh kagum gua melihat pak cik nie...


Jom usha apa di antara yang Pak Cik nie sampaikan ... 

  1. Kita tahu Allah Maha Melihat ... tetapi Pak Cik nie pertikaikan bahawa kita sebagai hamba Allah langsung tidak takut dengan kemurkaan Allah S.W.T. ... [ langsung tidak bersopan semasa perhimpunan bersih ... ]
  2. Kalau itu yang dikatakan BERSIH ??? Kalau nak tahu BERSIH ... Engkau duduk dekat masjid ... BERSIH !!! [ beribadat kepada Allah S.W.T. ]
  3. Nak jumpa AGUNG ??? Bawa senjata ... dengan merusuh ??? Tak adanya AGUNG nak jumpa dengan engkauorang !!! Kalau saya pon bawak kayu ...orang dah takut !!! BAYANGKAN !!!
  4. Menyusahkan banyak pihak !!! MACAM ITUKAH ORANG ADA TAMADUN ???
  5. Tanya kat diri masing-masing ... " APA BAKTI ANDA KEPADA NEGARA ??? BUKAN APA BAKTI NEGARA KEPADA ANDA !!! "
  6. " AKU TAK NAK KIBLAT ALLAH ITU DENGAN DUIT !!! " SubhanAllah =.= "
  7. " Biar aku miskin ... asalkan ilmu aku kaya !!! "
  8. " Biar aku dihina ... asalkan martabat aku mulia ... "
  9. Manusia kalau mereka tahu ... Dekat mana pun berpijak, AGAMA tetap dilaksanakan ...
  10. ISLAM BAKAL DITAMADUNKAN DI MALAYSIA !!!??? tapi pak cik ini menolak ...dan lebih rela menjadi musafir Allah S.W.T. ... kerana beliau tahu Malaysia ini bagaimana !!!
  11. " AKU BAKALMATI DAN HANCUR DIMAKAN BUMI !!! "

SubhanAllah !!! Sunggu terkesima dan terpempan gua menonton video ini ... Kita generasi muda negara yang berilmu dan berpengetahuan belum mampu untuk berfikir seperti PAK CIK ini ... Sedarlah bangsaku !!! Sedarlah wahai saudara seagamaku !!! Mungkin PAK CIK ini bukan siapa-siapa ... Bukan sehebat NAJIB !!! Tidak sehebat ANWAR !!! Bukan seperti pemimpin-pemimpin di Malaysia ini ... Tetapi mungkin PAK CIK ini seorang Wali Allah ... Mungkin juga Malaikat yang diturunkan Allah S.W.T. ... Bersamalah kita beristigfar ... dan renungi kata nasihat dari hamba Allah ini ...