"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Jumaat, 22 Februari 2013

kalau lah


kalau lah.

     5 tahun tahun lepas. semasa Pilihan Raya ke-12 UMNO dan sekutunya tidak menang besar sambil berpoco-poco seperti biasa. pernah tak kau terfikir ? fikir mengenai apa yang terjadi sekarang tak akan terjadi.

tak akan ada BR1M.
tak akan ada BB1M.
tak akan ada BL1M.

tak akan ada Bantuan bla bla bla 1 Malaysia...

     lantak lah kalau kau mahu percaya atau tak nak apa yang aku nak katakan ini. aku dengan relax dan dengan cool bersetuju bahawa ini semua sumbangan PEMBANGKANG. sebab bukan aku nie pro pembakang. bukan sebab aku nie tukang jilat buntut Anwar Ibrahim. bukan sebab aku nie benci Big Mama. bukan. bukan. bukan.

     sebab apa boleh aku katakan pembangkang yang menyumbang segala idea mengenai Bantuan blablabla 1 Malaysia ini. cuba kau selami semula. sejak merdeka pada tahun 1957, kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaya ini tanpa saingan sengit. dan dengan slumber bangang je diorang memerintah. ikut kepala otak kepala lutut diorang je. hampir 50 tahun memerintah. sudah 13 kali nenek aku membuang undi. baru 2 kali kerajaan UMNO bagi bantuan. baru 2 kali. baru 2 kali woiii.

     sebab apa ? sebab baru 2 kali kerajaan UMNO goyang dalam Pilihan Raya. kalau tak goyang masakan daun berguguran bak kata arwah atuk aku dulu. sebab itu kerajaan UMNO datang dengan idea bangang Bantuan blablabla 1 Malaysia yang menambah hutang negara. cuba kau fikir balik.

tapi tak kisah la kau sokong kerajaan ke.
kau sokong pembangkang ke.
itu hak kau. ini negara demokrasi.

sebenarnya dua-dua bagi kebaikan. buruk tu diri diorang la. kakaka.

errmmm. 250 baucer buku nie aku nak melenjan beli apa nie ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan