"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Khamis, 18 April 2013

hari celaka aku.


15 April 2013.

Entah apa salah aku hari nie. Celaka semua benda. Aku sendiri tak tahu.

Eh, masa aku menaip nie sudah 18 April.
Kira ini cerita 3 hari lepas. 

12 malam permulaan hari. Orang putih yang ajar. Ajaran Nabi masuknya hari baru selepas masuknya waktu Maghrib. Agungkan sangat ajaran barat. Sehingga lupa ajaran utusan Tuhan Yang Satu ini. Susah.

Dalam aku tarik asap Marlboro Light. Perlahan-lahan aku hembus. Puas. Masih ada baki 9 jam untuk aku siapkan kerja aku yang terbengkalai. Sial. Tak bersemangat langsung aku nak buat.

Aku pelajar senibina. Kerja yang aku buat, buat projek bangunan di suatu kawasan seluas 2 ekar. Ini menyesakkan aku. Bukan sikit punya kerja. Paling tidak perlukan seminggu nak siapkan semua ini. Tapi aku ada 9 jam. Celaka sungguh.

Entah apa ilmu aku pakai. Pukul 5 pagi semua kerja aku siap. Ala kadar punya kerja. Ahhh. Pergi mampos la. Siap tu dah kira bagus. Tapi kerja aku belum tamat kat sini. Kena cari kedai print pulak. Bangang. Mana ada kedai bukak pagi-pagi buta macam nie. 7 Eleven mana ada printer. Kondom ada la. Aku mengambil keputusan untuk tunggu sampai kedai printer bukak jam 7 pagi. Sementara tunggu, aku main FIFA 13. Jangan tanya kenapa aku main game nie. Aku tak ada jawapan untuk soalan itu.


Juara UCL. Juara EPL. Juara FA Cup. Power jugak aku main kali nie. Bermodalkan pasukan Liverpool kesayangan untuk bermain season. Aku menang 3 piala dalam masa 2 jam. Power. Ada jugak guna aku hidup untuk hari nie fikir aku.

Jahanam 42 ringgit malaysia aku print dekat kedai apek tua celah tangga fakulti aku. Bukan banyak sangat aku print. Cuma saiz kertas yang besar. Bukan A4 macam engkorang print report makmal. Saiz A0 untuk setiap plan. Mana tak jahanam duit makan seminggu aku. Kering poket aku minggu nie. Celaka.

Selesai. Masa aku untuk manjakan diri. Sial. Baru aku perasan hampir 24 jam badan aku tak kena air.

Pancuran air membasahkan tubuh kurus aku. Power betul rasanya. Nyaman. Bagi aku waktu paling selalu untuk aku mendapat ilham baru adalah ketika mandi. Idea-idea pelik lagi bangang pun aku selalu dapat dalam bilik mandi. Setengah jam jugak aku ambil masa untuk mandi. Entah. Aku kalau mandi memang lama. Terapi diri bagi aku.

Kemeja merah kotak-kotak bundle. Seluar jeans Romp bundle. Wallet. Kaca mata sebab aku rabun. Marlboro Light. Celaka tinggal sebatang. Kunci kereta. Ringkas aku bersiap pagi nie. 

Jam 9 pagi. Aku kena hantar kerja yang aku buat macam orang gila dari tengah malam semalam. Selesai. Nasib baik orang tua tu tak banyak masalah dengan kerja aku. Puas hati. Aku pun kira puasa hati. Cuma mata aku je belum puas untuk tidur.

Buat masa nie. Makan dengan tidur aku rasa aku perlukan tidur lebih dari makan. Perut dah menyanyi lagu Anuar Zain pun aku masih nak tidur. Pergi mampos sama yang lain. 

Pukul 4 awek aku kejut. Celaka. Pukul 4 aku ada kelas. Kelas nie jugak aku kena present tugasan kumpulan. Berat aku bangun dari tempat tidur. Masuk dalam jamban, Marlboro Light yang tinggal sebatang aku hisap. Cari ilham. Pundek. Langsung tak singgah ilham dalam kepala otak aku.

Masuk ke kelas. Aku lewat 23 minit. Buat muka bangang tanpa rasa bersalah. Terus present. Aku tekan slide powerpoint. Aku baca. Tekan lagi. Baca lagi. Salah baca fakta. Aku mengantuk. Lantaklah. Habis. Punya lecturer tu bising sebab aku membontotkan dia masa aku present. Nasib baik dia tak inzal tengok bontot aku. Peduli apa aku.


Balik dari kelas. Aku sambung tidur. Mati sementara.

Sedar jam pukul 9.47 malam. Pundek. Pukul 9 aku ada kelas. Celaka. Engkorang apa tahu aku ada kelas malam. Nasib baik lecturer tu sampai lambat. Kira aku masuk kelas lebih kurang dia la. Dalam kelas, mata aku jaga, otak aku tidur. Jangan tanya macam mana aku tidur macam tu. Aku sendiri tak tahu macam mana aku buat. 12.30 malam baru habis. 

Sial. Rokok aku dah habis. Harapan aku kepada kawan aku sorang nie. Aku harap dia belum tidur. Tingkat 5 bilik dia aku pergi. Nasib baik ada lif. Kalau tidak, 28 kali jugak aku fikir nak pergi bilik dia. Nasib aku baik. Dia baru bangun. Rokok Canyon aku rembat sekotak. Dua ringgit malaysia. Cukuplah untuk aku puaskan tekak sementara duit aku tumbuh balik semula. 

Celaka. Mana aku nak cari duit nie ?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan