Sabtu, 2 Februari 2013
siapa ?
siapa ?
siapa kau sebenarnya ?
kau bukanlah sekadar yang mempunyai nama.
yang punyai berat. yang punyai tinggi.
ataupun yang mempunyai jantina.
kau bukan juga yang punyai umur.
dan kau bukan dari mana kau berasal.
kau adalah apa yang kau baca.
dan lagu yang selalu berputar di benak akal kau.
kau adalah apa yang kau fikirkan.
dan juga apa yang kau makan untuk sarapan
di pagi sabtu.
kau adalah kau.
tiada yang lain.
tetapi semua orang memilih untuk yang lain.
berjuta-juta perkara yang lain.
tapi. kau tidak.
kau bukan dari mana kau berasal.
tetapi.
kau adalah ke mana kau mahu pergi.
dan aku juga mahu ke sana.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan