Ahad, 3 Februari 2013
apam balik.
setiap hujung minggu mak aku biasanya akan menghabiskan masa dia dengan melawat anak-anak dia dekat asrama. tapi itu dulu la. 5 tahun yang lepas. masa adik-beradik aku ramai-ramai duduk asrama. sekarang tinggal adik perempuan bongsu aku tu je sorang yang tinggal dekat asrama. yang lain semua dah ke universiti.
aina. itulah sorang adik perempuan aku. kalau nak cakap dia punya manja memang sampai pagi esok tak habis aku nak cerita. tapi alhamdulillah. dia okay je duduk dekat asrama tu. tak menangis hentak-hentak meja nak balik. tak memekak dekat telinga bapak aku nak minta keluar asrama.
it's just okay. hahaha.
memandang matahari pagi kejap lagi akan menandakan Ahad akan datang. tadi adik aku call mak aku.
"mak, esok mak datang dekat aina bawak KFC tau."
"heh. banyak cantik muka tu. sedap-sedap je nak order KFC." balas mak.
"ala. boleh la mak. beli yang bucket tu tau. yang ayam banyak-banyak tu. nak bagi kawan-kawan aina sekali." pujuk aina.
dengan slumber dan muka yang tak bersalah. mak aku jawab.
"no KFC for tomorrow. nanti mak beli je apam balik kat tepi jalan tu. bagi kawan-kawan aina sekali."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan