"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Sabtu, 10 Disember 2011

Hubungan


Assalamualikum w.b.t. dan salam 1 bloggers.

FFFUUUUHHHH !!!

Agak lama gua tak membersihkan habuk yang melekat dan bersawang dekat blog gua nie. Maaf dari gua habuk, setakat ini saja HUBUNGAN lu dengan blog picisan gua ini. Rindu untuk kembali mengetuk papan kekunci laptop gua sentiasa mebuak-buak. Cuma HUBUNGAN gua dengan perkara-perkara lain membantutkan perasaan gua itu.

TERHARU
Gua terharu. Itu je yang mampu gua cakap. Rabu, 7 Disember yang lepas, entry gua " Gua Terdiam Sebentar... " tu gua taip dalam keadaan emosi yang agak kurang stabil. Mungkin orang sekitar gua tengok gua senyum, gelak-gelak dan gembira. Tapi itu cuma luaran gua. Dalam??? Tidak semua orang mampu tahu apa yang tersirat dalam hidup seseorang itu. Itu HUBUNGAN ! 
" Sometimes we SMILE to hide our TEARS. Sometimes we LAUGH to hide our SADNESS "
Apa yang gua terharu??? Gua terharu masih ada yang membaca blog picisan ini walaupun habuknya menebal setebal salji yang turun di Korea sekarang. Really appreciate it. Thanks >.< Semangat ingin kembali menulis dah up ! :D

HUBUNGAN 


Kalau dekat facebook, orang sibuk dengan natang " in relationship with " . Gua sendiri tak paham apa yang best sangat letak natang nie dekat Facebook. HUBUNGAN itu bukan hanya 'title' di dalam Facebook saja. Kalau hakikatnya hubungan itu ke jalan yang Allah SWT murka??? Ada apa dengan HUBUNGAN sebenarnya. 


Dan ada pula yang sanggup declare dengan kaum sejenis dekat Facebook. Nampak remeh, hakikatnya??? Apa yang akan difikirkan oleh kaum yang bukan beragama Islam??? Mereka bertepuk tangan bersorak gembira melihat kehancuran anak muda Islam. Adik-adik lu orang yang baru nak belajar main Facebook pulak??? 
" Ouh, macam nie kehidupan sebenarnya. " :- adik lu orang. Maybe adik gua sekali.
Kita hanya seronok tanpa memikirkan implikasinya pada masa hadapan. Jadi, HUBUNGAN bukanlah hanya pada nama. Aku couple ngan kau. Kau tunang aku. Lu anak buah gua. HUBUNGAN adalah interaksi di antara dua belah pihak menggunakan 5 deria badan manusia. HUBUNGAN nie umpama kalau gua nak makan nasi lemak, gua nak ada sambal. Kalau gua nak makan roti canai, gua nak kuah dal. Kerana HUBUNGAN ini melengkapkan antara satu sama yang lain.


Jadi, jagalah HUBUNGAN lu orang dengan

  • Allah SWT
  • Ibu bapa
  • Al Quran
  • Keluarga
  • Para pendidik
  • semua orang
  • dengan gua jangan lupa ! :P

"  SINGLE and IN A RELATIONSHIP are just title. Your HEART determines your true relationship status ! "
nota kaki :- you are so sweet cinderella >.<




5 ulasan:

  1. haha :D peringatan untuk diri sendiri uga sebenarnya tu :)

    BalasPadam
  2. org islam skang ni tlampau ikutkn sgt fesyen barat...ikut barat semua lawan adab yg agama dah ajar...mcm tu la...apa ade pada pndangan manusia smpai snggup jual pandangan allah pd kite..
    takut sgt org kate die kolot..so ikut tren semasa yg mengarut2...

    BalasPadam
  3. Dulu masa in a relationship,nak sangat lak letak status tuh. sekali dah single,rasa menyampah pulak lak orang letak status in a relationship. WTH

    BalasPadam
  4. anyyss :- errr, masa gua couple dulu, gua tak letak pun 'in relationship' tu ... =.='

    BalasPadam