Jumaat, 28 Jun 2013
dari jendela inbox 3310
Entah apa sial dengan perangai dia sejak dua menjak nie. Kalau aku nie Captain America, dah lama aku sumbat mulut dia dengan shield besi tu. Dengan perbualan dua tiga menjak lepas, dia membalas SMS aku, " Hmmmmmm ".
Bengang. Dengan perasaan nak bunuh orang, aku terus menghadap komputer riba aku. FIFA 13 menjadi pilihan. Dalam keadaan aku macam nie, pasukan Liverpool pun mampu tewaskan Real Madrid 6-0.
Bosan menghadap Steven Gerrard, aku berhenti. Aku capai kembali 3310. Dengan sakit hati aku baca semula SMS tadi. Aku balas.
" Apa kena dengan you nie ? Period ke apa nak buat perangai macam nie ? Kalau you ada problem kongsi la dengan I. Ini tidak. Buat I nie macam sampah. Bila you dah bosan baru you nak cari I. Ingat I nie apa ? Tunggul kayu takde perasaan. Enough said. I dah penat dah melayan kerenah you. We just stop here. So, don't bother me after this fucking shit ! Bye. "
Aku bakar sebatang Marlboro Light. Aku baca balik semula apa aku taip tadi.
Sedut hembus. Habis sebatang. Aku tekan butang padam. Aku taip semula, " Do you have some time for me tomorrow ? There are few things that we need to discuss. "
Aku tekan butang send.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan