"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Isnin, 18 Februari 2013

semester baru.


     sakit pinggang aku menyedut semua habuk di ruang dalaman kereta kancil pemberian ayah aku. macam-macam khazanah. dari pasir pantai Port Dickson semasa aku bersuka ria bersama keluarga LEADS. sampai ke habuk rokok Marlboro. semua aku sedut menggunakan vacum cleaner uzur mak aku.

selesai. aku masukkan barang keperluan aku ke perut kancil. dan akhir sekali, kunci aku masukkan ke tempat menghidupkan nyawa kancil aku.
"taaak. taaak. tak."
"ahh sudah. tak boleh start pulak enjin kereta aku nie."ngomel hati kecil aku.

     sampai ke Skudai. semester baru. selepas 7 jam perjalanan dari Seremban ke Johor Bharu. jalan jammed punya pasal. cina nak beraya punya pasal. accident punya pasal. hujan Allah turunkan. aku yang jadi mangsa terperangkap dalam jammed. bernasib baik ayah bagi pinjam kereta hitam dia. bernasib baik juga kereta hitam tu auto-gear. bernasib baik lagi sekali mydear berada di sebelah menemani aku untuk perjalanan dekat tetapi panjang ini.
----------------------------

     interior bilik aku semester ni sama macam semester sebelum ni. entah. aku rasa susunan sebegini buat aku lebih selesa. sehingga aku boleh tidur 2 hari secara slumber bangang je. cuma aku tambah aroma bau-bauan untuk semester ni. untuk menenggelamkan bau asap Marlboro barangkali. bau buah epal hijau menjadi pilhan. supaya aku rasa lebih selesa. nyaman. 

semoga semester ini aku mampu untuk mengawal tekanan dan sentiasa relax dan cool.
----------------------------

    lecturer aku yang gila semester lepas pun aku tengok ada la berubah sikit. tapi aku rasa maybe untuk hari pertama. esok naik la sawan babi dia. aku rasa. yakin tu aku tak berapa nak sure sangat. tapi yang penting sekali aku tak jadi anak buah dia dalam studio. alhamdulillah. aku dapat lecturer part-time. full time dia aku tak tau la. yang penting dia ada title Ar. bila aku google nama dia untuk mendapat gambaran awal, semua list nama untuk triathlon dan marathon. gila.

jangan dia suruh aku berjogging keliling campus sebelum masuk studio dia sudah. parah.

----------------------------

   aroma ipoh white coffee dari mug yang aku beli di Jusco tempoh hari mengganggu aku untuk menaip. baru tersedar jam menganjak ke jam 4 pagi. dan jam 9 pagi nanti aku kena bentangkan pasal Green Building design dekat lecturer gila yang aku menyampah. 

aku hirup seteguk kopi putih. 

sambung scroll garis masa Twitter

hidupkan asap Marlboro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan