"Sekadar blog peribadi. Mencoretkan kisah hidup seorang bujang di muka Bumi ini. Berkongsi pengalaman suka dan duka yang telah dilalui serta yang bakal ditempuhi. Kelak menjadi bahan cerita dan pedoman anak dan isteri."

JIRAN-JIRAN UNCLE

Sabtu, 8 Disember 2012

11 bulan.


08122012

cukup 11 bulan.
11 bulan aku bersama dengan seseorang.
seseorang yang bernama wanita.

wanita.
ada yang memanggil perempuan.
ada yang memanggil ladies.
ada yang memanggil girl.

bagi aku.
aku lebih selesa memanggil beliau wanita.
wanita. cukup satu perkataan itu untuk menggambarkan kematangan.

cukup sekadar aku mewakilkan beliau di sini dengan "mydear"
yes ! "mydear".

mydear.

aku kenal mydear sebab kami sekelas. sekuliah. satu kohort.
mydear jugak seorang pelajar senibina seperti aku.
bersusuk tubuh kecil. comel.
berpewatakan pemalu. manja. pendiam.
pendiam bila tidak cukup kenal dengan seseorang.

ringkas. cukup ringkas untuk aku kenal mydear di sini.
kalau lebih-lebih nanti, takut bertambah persaingan aku.
bersaing untuk sehidup semati.

bahagia.

cukup bahagia.
sehingga ada rakan-rakan yang mencemburui kebahagian aku.
kebahagian aku bersama mydear.

alhamdulillah.
jauh untuk aku bertengkar dengan mydear.
jauh lagi untuk aku bergaduh.
mydear cukup memahami aku.
aku selesa dengan perkara yang itu.

itu perkara yang aku harap.
harap untuk kekal sampai bila-bila.

aku bahagia.
aku tak mahu yang lain.
aku sentiasa mahu yang ini.
iya, yang ini.
ini sahaja.


cukup.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan